Archive

Archive for the ‘Relax’ Category

Duduk sejenak

March 11th, 2010 shazni No comments

makcik

.

Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Anas,

.

“Orang yang pertama kali disiksa di Hari Kiamat adalah seseorang yang mengaku-aku mati syahid, kemudian didatangkan kepadanya nikmat Allah supaya dia mengetahui, lalu Allah bertanya kepadanya, ‘Apakah yang kamu kerjakan selama di dunia?’ Ia berkata, ‘Saya berperang  kerana membela agama-Mu, sehingga saya mati syahid.’ Allah berfirman, ‘Kamu bohong, kamu berperang supaya kamu disebut sebagai pemberani.’ Kemudian Allah menyuruh malaikat dan memeriksanya, lalu ia dilempar ke dalam neraka.

.

Demikian juga seseorang yang belajar ilmu dan mengajarkan kepada manusia, serta membaca Al-Quran kemudian didatangkan di Hari Kiamat, Allah bertanya kepadanya, ‘Apakah yang kamu kerjakan selama di dunia?’ Dia menjawab, ‘Saya belajar ilmu dan mengajarkan kepada manusia, saya juga mengajarkan Al-Quran kepada manusia.’ Allah berfirman kepadanya, Kamu bohong, kamu mengajarkan ilmu supaya dibilang alim dan membaca Al-Quran supaya dibilang qari’.’ Kemudian Allah mengutus malaikat untuk melemparkan hamba tersebut ke dalam neraka.

.

Kemudian seseorang yang diberi keluasan rezeki mendapat karunia dari Allah berupa harta yang melimpah, di Hari Kiamat ia ditanya, ‘Apakah yang kamu kerjakan selama di dunia?’ Ia menjawab, saya selalu menafkahkan harta saya ke jalan Allah.’ Allah berfirman, ‘Kamu berbohong, kamu melakukan itu agar disebut seorang dermawan.’ Kemudian Allah mengutus malaikat untuk melemparkan hamba tersebut ke dalam neraka.

.

.

Misi Rahmatan lil Alamin

Categories: Relax, Tazkirah Tags:

Malaysia Boleh!!!

February 28th, 2010 shazni No comments

ball.


.

“Hanya berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi dan semangat Malaysia boleh akhirnya lahirlah seorang lagi atlit negara. yang hebat. Tumpuan yang mendalam ketika sesi latihan di kampung orang asli Sungai Rual Kelantan tahun lalu menjadikan dia seorang pemain yang digeruni di dalam gelanggang arena bola tampar.”

.

Hahaha. Begitulah sedikit petikan di dalam ruangan sukan surat khabar harian Syria. (uwek)

.

Alhamdulillah. Hari ke 48 di sini mencatat satu sejarah yang akan membanggakan cucu aku satu hari nanti yang mana atok mereka ni seorang atlit negara. (asal muke korang cam x puas ati je? Jeles ke?)

.

Hujung minggu yang lalu, telah berlangsung sebuah acara sukan asia di peringkat pelajar-pelajar. Dan aku telah terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi dalam sukan bola tampar. Berbekalkan pengalaman menampar orang dan nyamuk aku berjaya menyumbangkan beberapa mata untuk negara tercinta.

.

Walaupun tewas teruk di tangan Indonesia dan Thailand pada permulaan perlawanan  tapi ia tidak melunturkan semangat kami untuk bangkit dan akhirnya mengalahkan Singapura dan Filipina. Perlawanan berakhir dengan Malaysia menerima pingat gangsa bagi acara bola tampar.

.

Sejurus perlawanan tamat menteri belia dan sukan telah mengarahkan aku untuk pulang pada hari kemerdekaan nanti bagi acara penganugerahan atlit berpotensi.(tahan muntah anda!)

.

Akhir kata, badan yang sihat tidak akan menyusahkan orang untuk kita beribadah. Majulah sukan untuk negara.

.


Misi Rahmatan lil Alamin

Categories: Isu Semasa, Life, Relax, sukan Tags:

Waras

February 22nd, 2010 shazni No comments

syawarma lahm

.

Gempar. Dua hari lepas rumah sewa aku digegarkan dengan kehadiran persatuan makcik-makcik yang tak puas hati dengan ‘cara’ kami.

.

Ini adalah disebabkan oleh gangguan bau ikan bilis lama yang digoreng untuk santapan tengah hari. Bau ikan bilis goreng yang begitu enak bagi hidung orang melayu rupanya menjadi bualan makcik-makcik arab. Agaknya dendam bau masak kari, masak kurma dan pelbagai menu bujang akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila bau ikan bilis mencucuk hidung mancung mereka. Hehe. Memang busuk pun. Ikan bilis zaman firaun kot yang digoreng balik tu. Siap nak buat laporan polis lagi. Hehe.

.

Beginilah nasib tinggal di rumah bertingkat-tingkat. Sebagai pengajaran buat kami semua agar tidak goreng lagi benda-benda pelik dari Malaysia. Pelik kah?

.

Haaaa….pendahuluan je tu..

Hari ke-42 aku berada di Syria. Antara ilmu lain yang aku dapat kat sini ialah memasak. Terbaik.

(Versi Tiada Huraian)

.

Misi Rahmatan lil Alamin

Categories: Isu Semasa, Life, Makan, Relax Tags:

9.2.2010

February 9th, 2010 shazni 2 comments

.

Segala puji bagi Allah, hari ini masuk hari ke-33 aku berada di bumi Syam. Pelbagai ragam dan karenah manusia sudah dilalui. Menumpang di negara asing bukanlah sesuatu yang mudah dan selesa. Semoga Allah memberi kekuatan. Aku sedang menguruskan untuk pertukaran tempat belajar atas sebab tertentu. InsyaAllah berjalan lancar. Rumah tempat penginapan aku mengalami sedikit masalah. Aku habiskan hujung minggu lalu dengan acara perpindahan besar-besaran. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Syria masih lagi dalam cuaca sejuk yang suhunya tidak menentu.

.

Termenung sendirian kadang-kadang hati berbisik mengapa aku di sini? Selesa? Memikirkan tanah air, keluarga, rakan-rakan membuatkan pelbagai tanda tanya berlegar di dalam fikiran.

.

Ramai yang tertanya-tanya untuk apa aku merantau, berjauhan dengan keluarga, rakan-rakan sedangkan sudah bergelar graduan. Kalau benar untuk mencari ilmu mengapa tidak sambung ke peringkat master? Mengapa perlu menghabiskan wang dan waktu?

.

“5 ke 6 bulan kalau kat Malaysia mesti boleh buat macam-macam, paling kurang pun dapat kumpul duit bayar pinjaman”.

.

Itu kata orang. Kalau difikirkan begitu selalu dalaman aku boleh lemah. Bagi aku pengalaman adalah cikgu yang terbaik dalam hidup ini. Aku akan gunakan pengalaman-pengalaman ini untuk lakukan sesuatu untuk rakyat Malaysia Islam khasnya suatu hari nanti. InsyaAllah.

.

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
Al-Baqarah  : 214

.

Misi Rahmatan lil Alamin

Categories: Isu Semasa, Life, Relax, Tazkirah Tags:

Made in Malaysia

February 9th, 2010 shazni No comments

syisya

.

Selesai menunaikan solat di sebuah masjid sekitar Syria, seorang pemuda disapa mesra seorang pakcik. Semakin rancak perbualan mereka. Akhirnya pakcik itu mempelawa  untuk menziarahi kedainya. Bersungguh-sungguh ajakan itu membuatkan pemuda tersebut akur dan mengikutnya ke sebuah kedai  yang tidak jauh dari masjid tersebut.

.

Melangkah masuk ke kedai barangan hiasan rumah milik pakcik tersebut, pemuda itu disambut mesra pekerja yang lain. Dengan senyuman mesra pakcik itu menunjuk satu barang kepada pemuda tersebut di suatu sudut.

.

“Tengok ni, Made in Malaysia”

“Malaysia bagus”.

Pemuda itu hanya tersenyum.

.

Misi Rahmatan lil Alamin

Categories: Life, Relax Tags:

Dia

February 9th, 2010 shazni 1 comment

.Syed Ahmad Fathi Syed Mohd Khair

.

Syed Ahmad Fathi Syed Mohd Khir bersama rakanya Talib 2 rakyat Malaysia yang sedang menuntut di St.Petersburg, Russia. Menghabiskan sisa cuti semesternya disekitar bumi Syam untuk mencari sesuatu yang lebih bernilai dari harta benda.

Senang bersama mereka selalu. Semoga menjadi jurutera islam yang hebat suatu hari nanti. Mari mendokan kejayaan mereka.

Selamat beramal sahabatku. Semoga berjumpa lagi.

.

Misi Rahmatan lil Alamin

Categories: Life, Relax Tags:

Asap

February 9th, 2010 shazni No comments

Palestine.

.

Palestin

.

Gambar ini diambil sekitar perhimpunan perjuangan Palestin yang diadakan dengan jayanya di Syria. Bertakbir dengan semangat. Mencerca Israil sampai berbuih. Memijak bendera Israil dengan megah.

Tetapi…………….

Tak sempat habis majlis ,asap rokok dah berkepul-kepul dalam dewan. Macam mana nak lawan Israil kalau tak pandai nak hargai apa yang Allah bagi percuma. Badan,jantung, paru-paru, hidung orang sebelah yang tak merokok.

Semoga Allah memberi  hidayah.

.

Misi Rahmatan lil Alamin

Categories: Isu Semasa, Life, Relax, Tazkirah Tags:

Alkisah

December 21st, 2009 shazni 1 comment

=)

.

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja. Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian.

.

Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya. Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.

.

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta. Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”.

.

Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air. Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

.

seLaMat PenGantiN baRu

Nur Nadzifa Ahmad Azam & Muhammad Suhail Ahmad

Categories: Life, Relax Tags:

Mamat

December 16th, 2009 shazni No comments

=)

.

.

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie plak boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala.

.

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugaklah masuk tidurnya.

.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, “Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?” lantas Si Mamat Jawab “eh.. ye ke tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi…”

.

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sah la si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi…

.

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.”

(Hadis riwayat Muslim)

Categories: Relax Tags:

Tiket

September 7th, 2009 shazni No comments

Chot nak pegi tengok wayang kat panggung dgn isterinya. Sampai di kaunter
tiket, Chot beli dua tiket utk dirinya dan isterinya. Tak lama kemudian, Chot
datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket…

Kemudian, Chot datang lagi sekali untuk membeli dua lagi tiket. Kali ini penjual tiket
itu membuka sedikit cermin kaca di kaunternya dan bertanya,  “Bukan ke encik
dah membeli dua tiket dan kemudian datang lagi untuk membeli dua lagi tiket tadi?”
Chot menjawab,

“Betul! Tapi ader sorang mangkuk hayun yang berdiri kat depan pintu masuk
panggung tu asyik koyakkan tiket saya ajer…”

Categories: Relax Tags: