Suatu Masa

situ

.

.

no

.

.

_sen

.

.

sk8

.

“Dan sesungguhnya kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (dengan memerintahkan dia menyeru mereka): “hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah thaghut” maka diantara mereka (yang menerima seruan rasul itu), ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan rasul-rasulNya”.

(Surah An-Nahl : ayat 36)

September 10, 2009Permalink Leave a comment

Ramadhan Kareem

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah: 183)

rambu_puasa

 

Suatu malam yang dingin. Azan Isyak masih bergema memecah kesunyian.

 

.Sekumpulan anak muda bergerak ke masjid.

 

.Sekumpulan anak muda masih seronok bermain game di depan computer.

 

.Seorang anak muda keluar dari kereta. Berbuka bersama ‘adik’ agaknya.

 

.Suara imam menyerikan malam.

 

Ramadhan…….

 

“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga.” (HR. Ibnu Huzaimah).

August 26, 2009Permalink 1 Comment

Embun

mr_alarm_clock_sleeping_hg_clr

Dari suatu sudut aku merenung ke luar. WNP sedang menunggu. Sejuk bermandikan embun pagi agaknya. Aku dah tak tau nak buat apa ni. Menunggu driver siap di muat turun. Bagero tol..lambat cam semut tecepit. huh!!!

~senget…

-2.37 a.m

-sebuah cafe berbayar.

Tak Jadi

Hawa dingin bilik ini sangat menyejukkan.

Pelajar mundar mandir masuk keluar kelas.

Peniaga-peniaga masih setia menanti pelanggan di suatu sudut.

Kenapa aku kat sini.

Sebab semua plan harini sangkut.

Seremban?

Mahkamah?

Bilik basuh?

Bilik Pak Ustaz?

NSK? hohOho….

 

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Jika mereka berdiri mengerjakan solat, mereka berdiri dengan malas, serta riak (menunjuk- nunjuk) kepada manusia. Tiadalah mereka itu mengingati Allah kecuali sedikit. Mereka itu di dalam keraguan antara kafir dengan iman.”

 (Surah An-Nisaa’: 142-143) 

5 “K” Mengapa mohdshazni.com Bersawang

mas

 

1- Kesukaran mendapatkan liputan internet yang baik.

2- Kekangan masa terluang untuk duduk di hadapan skrin.

3- Kesihatan komputer riba yang tidak mengizinkan.

4- Kestabilan minda yang sedang dikemas kini kan.

5- Kelas………..

 

Daripada Abdullah ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah S.A.W memegang bahuku seria bersabda : jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebahagian seorang perantau atau pengembara . Ibnu Umar berkata : apabila kamu berada pada waktu petang , jangan tunggu menjelangnya waktu pagi . Apabila kamu berada pada waktu pagi , janganlah tunggu menjelangnya waktu petang , gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan mati .

Kebetulan?

Seorang pemuda berlegar-legar di suatu ruang. Matanya meliar mencari tempat duduk agaknya. Pakcik di sebelah aku bergegas ke kaunter 5 selepas angka gilirannya dipanggil. Pemuda tadi membuat pilihan bergerak dan duduk di sebelah aku. Kelihatan borang permohonan membuat lesen baru di tangannya. Aku cuba mengisi masa lapang menjeling ke borang tersebut. Satu kejutan. Aku cuba menjeling berkali-kali. Sah. Memang tepat. Aku bukannya buta huruf. Terpampang di ruangan namanya Nik Muhd Shazni….

Aku hanya tersenyum.