Tugas besar didik generasi muda Orang Asli

PEMBABITAN Orang Asli dalam gerakan dakwah semakin meluas apabila mereka yang berpengetahuan agama diberi peluang menjadi guru al-Quran untuk mendidik generasi baru mereka ajaran Islam di pedalaman Hulu Kelantan.

Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) menempatkan guru al-Quran di setiap pos perkampungan Orang Asli di Gua Musang bagi memantapkan perkembangan syiar Islam bagi saudara baru.
Bimbingan guru al-Quran penduduk Orang Asli terbukti lebih berkesan kerana mereka memahami cara hidup masyarakat sendiri terutama golongan muda.

Seorang guru agama Orang Asli di Pos Tuel, Angah Amat, 38, berkata apabila membimbing generasi muda mendekati al-Quran, seseorang itu tidak boleh putus asa.

Katanya, di peringkat awal memang sukar terutama kerenah dan keengganan kaum itu belajar agama selepas memeluk Islam.

“Selepas beberapa kali mendapat bimbingan, mereka datang dengan kerelaan sama ada bersolat berjemaah atau mengaji al-Quran.

“Bagi solat Subuh, Zuhur dan Asar, kita menghadapi sedikit masalah kerana kebanyakan mereka masih di hutan mencari rezeki,” katanya.

Beliau yang lima tahun dilantik sebagai guru agama di pos itu memahami kerenah kaum terbabit kerana kebanyakan mereka buta al-Quran dan jarang bersolat.

“Namun, kita akan terus berdakwah menggunakan pelbagai pendekatan bagi memberi kesedaran ke surau mendalami ilmu agama, katanya.

Beliau turut terbabit membimbing remaja yang baru berumah tangga mengambil bahagian dalam kelas al-Quran setiap hari.

“Kebanyakan pasangan remaja yang baru berumah tangga dan memeluk agama Islam memerlukan bimbingan bagi mengajarkan mereka amalan mulia dan meninggalkan perkara yang ditegah Islam,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Tazkirah Remaja: Belajarlah terima pandangan orang lain

MANUSIA yang lemah hanya mementingkan diri sendiri. Baginya orang lain belakang kira, langsung tidak diendahkan.

Antara jenis pentingkan diri ialah tidak mahu mendengar suara orang di sekitarnya. Cuma yang dia mahu dengar ialah suara nafsu dan keinginannya saja, walaupun kadangkala orang menderita disebabkan sikapnya.
Suara luar, rintihan yang di sekelilingnya tidak diendahkannya. Baginya itu semua tidak penting.

Nabi Sulaiman a.s sanggup mendengar suara dan pendapat luar walaupun daripada seekor burung hud-hud mengenai negeri Saba’.

Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w mendengar pendapat dan pandangan sahabat, kemudian bersama berfikir mengenai cadangan dan akhirnya melaksanakan kesimpulan yang dipersetujui. Bukankah itu memberikan kejayaan!

Pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat menyentuh hati golongan dipimpin. Tetapi sebelum kita dapat menyentuh yang dipimpin, kita semestinya menyelami apa ada dalam hati mereka.

Hendak menyelami hati mesti mendengar dulu suara mereka. Semestinya kita menjadi pendengar yang baik.

Dalam kehidupan seharian antara suara yang perlu kita dengar ialah:

1. Suara mereka yang dekat dengan kita seperti suara hati suami, isteri, anak, teman dan sahabat kita.

Luangkan masa mendengar sama ada pujian atau teguran. Tunjukkan wajah yang simpati dan tindak balas.

Hindarilah wajah yang dingin kerana ia akan melukakan mereka yang sedang berkomunikasi dengan kita. Banyak orang yang suka ceritanya didengari daripada memenuhi permintaan.

2. Suara pelanggan. Kepada yang ingin berjaya luangkanlah waktu untuk mendengar suara pelanggan (terutama peniaga dan pemberi perkhidmatan) dan mendengar suara umat (bagi golongan pendakwah atau pakar motivasi) kerana kadangkala ilmu dan hikmah datang daripada suara mereka ini.

Apabila suara mereka mengandungi makian hadapilah dengan positif dan sangka baik serta cuba perbaiki diri.

Jika suara mereka mengandungi pujian pertahankan pujian dengan mempertingkatkan kualiti.

3. Suara lawan. Suara lawan memang sukar untuk diterima, malah kadang-kadang disambut dengan lawan juga.

Bagi mereka yang bijaksana, suara lawan sebenarnya sangat berharga. Melalui kritikan mereka kita mengetahui lemah kita, bahkan yang cacat akan diperbaiki.

Kata bijak pandai ‘apabila lawan kita menceritakan aib kita sebenarnya kita patut berterima kasih kerana dia bersusah meluangkan masa dan fikirannya menasihati kita’.

Cuba fikirkan, berapa banyakkah waktu yang kita pernah guna untuk memperbetulkan dan muhasabah diri kita?

Mulai sekarang marilah kita belajar mendengar, bukan sahaja kata-kata tetapi juga perasaan mereka di sekitar. Nanti mereka juga akan mendengar perasaan kita.

SUMBER : Bersama Mohd Zawawi Yusoh (Harian Metro)

Pesanan Penaja

Cuaca di sekitar Gombak sejak kebelakangan ini hujan pada waktu petang dan mungkin berlarutan hingga malam hari. Oleh itu, sediakanlah payung sebelum hujan.

(Pesanan ini ditaja oleh updatelablogkotu.com)

p/s: jutaan terima kasih. =)

Rumah

"Aku ada rumah besar giler, kereta bersepah depan rumah aku, tengok je dari belakang rumah nampak KLCC....best oooo...tapi kolam renang belakang rumah aku tu tukang kebun aku buat ternak ikan keli. Aku pun tak tau nape aku tak halang pakcik tu. kO tau time aku nak makan, duduk je je pastu tekan alat cam remote control terus sampai makanan..huuuu...tapi satu ari aku terjumpa anai-anai belakang rak tv rumah aku tu..aku amek kayu apa tah nk try bunuh la kan...tapi kuar lagi banyak...macam citer the mummy yang binatang hitam tu...aku nak lari tapi tak leh gerak, nak jerit x kuar sore..wuuuu....takut aku tu terus sampai tersedar dari tidur..tapi yang aku pelik nape xde watak lain dalam citer aku tu ek..? hmmm...".

(sedutan cerita seorang kawan waktu lepak2)

Aku terfikir sesuatu…….