
-Pintu Hadapan Souq-
.
Souq Hamidiyyah ialah sebuah pasar yang telah pun berusia 500 tahun dan telah pun dimajukan semula pada tahun 1873 di bawah kesultanan Turki-Uthmaniyyah Sultan ke-34 (Sultan Abd Hamid II-1876-1909). Pasar yang panjangnya 1.5km ini memuatkan kedai-kedai pelbagai aneka barang seperti pakaian, barang perhiasan, dan juga kraftangan penduduk tempatan.
.

-Sebelum Melintas Jalan-
.

-Kedai Sudah Tutup-
.

-Aiskrim Tumbuk-
.

-Makam Abu Hurairah R.A-
.
Sebuah kedai aiskrim (Bakdash) warisan berusia 100 tahun juga masih beroperasi di kawasan ini. Tak lengkap rasanya lawatan ke Syria kalau tidak mencuba aiskrim resepi nenek moyang arab ini. Di dalam Souq Hamidiyyah ini juga terdapat Makam Abu Hurairah R.A. , Madrasah Zahiriyyah, Madrasah Adiliyyah, Madrasah Jaqmasiyyah dan Hammam (ruang mandi) Al-Malik Az-Zahir. Di hujung pasar inilah letaknya Masjid Umawi yang pernah aku ceritakan sebelum ini.
.
Misi Rahmatan lil Alamin
Posted in: Life - sejarah - Tazkirah |

.
Kota ini hidup sejak 200 masihi dan meninggalkan kesan ketamadunan manusia sejak zaman kerajaan Rom hinggalah ditakluk oleh Islam.
.
Ketika pemerintahan Rom (512-513m), sebuah bangunan yang dikenali Qal’ah Busro dibina dan kemudiannya berjaya ditakluki tentera Islam yang diketuai Pahlawan Solahuddin al-Ayubi dan saudaranya Najmuddin. Qal’ah ini kemudiannya ditukarkan menjadi kubu pertahanan tentera Islam.
.

The Amphiteater (kawasan dalaman Qal’ah)
Roman Amphitheatre yang boleh memuatkan 15000 penonton dalam sesuatu masa.
.
Qal’ah ini dibina daripada batu-batu sebesar 1 meter persegi tanpa menggunakan simen dan paku. Di dalamnya terdapat pelbagai tinggalan sejarah seperti keranda batu, ukiran, patung dan sebagainya.
.
Di belakang kawasan ini terdapat kesan tinggalan pasar lama yang mana Rasulullah pernah berniaga di sini bersama bapa saudaranya.
.

Kawasan perniagaan Rasulullah
.

.
Gambar ini pula ialah gereja tempat di mana Rasulullah telah berjumpa dengan Buhaira, seorang paderi. Buhaira telah menasihatkan Abu Talib supaya membawa Rasulullah pulang ke Mekah kerana dikhuatiri orang- orang Yahudi dan mereka yang mengenali Baginda akan membunuhnya.
.
Mungkin itu saja yang mampu dikongsikan untuk lokasi kali ini. Seperti biasalah kalau ada salah dan silap harap dimaafkan. Saya budak baru belajar.
.
Misi Rahmatan lil Alamin.
Posted in: Life - Makan - Relax - sejarah - Tazkirah |

.
Bayangkan, nak persembahkan hadiah buah-buahan kepada Raja, tapi buah-buahannya busuk, berulat, pinggannya kotor dan sompek. Dah tu, main campak-campak pulak. Jangankan Raja, sampai kat pintu pengawal lagi dah kena reject! Siap dimaki hamun lagi. Gitulah gamaknya kalau kita persembahkan ibadah-ibadah cincai kita seperti solat, puasa, haji, sedekah, tutup aurat dan macam-macam lagi…
.
Dipetik dari buku “I LOVE YOU TOO!!” Karya Badrul Hisham Shari.
.
Misi Rahmatan lil Alamin.
Posted in: Isu Semasa - Life - Relax - Tazkirah |

.
Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Anas,
.
“Orang yang pertama kali disiksa di Hari Kiamat adalah seseorang yang mengaku-aku mati syahid, kemudian didatangkan kepadanya nikmat Allah supaya dia mengetahui, lalu Allah bertanya kepadanya, ‘Apakah yang kamu kerjakan selama di dunia?’ Ia berkata, ‘Saya berperang kerana membela agama-Mu, sehingga saya mati syahid.’ Allah berfirman, ‘Kamu bohong, kamu berperang supaya kamu disebut sebagai pemberani.’ Kemudian Allah menyuruh malaikat dan memeriksanya, lalu ia dilempar ke dalam neraka.
.
Demikian juga seseorang yang belajar ilmu dan mengajarkan kepada manusia, serta membaca Al-Quran kemudian didatangkan di Hari Kiamat, Allah bertanya kepadanya, ‘Apakah yang kamu kerjakan selama di dunia?’ Dia menjawab, ‘Saya belajar ilmu dan mengajarkan kepada manusia, saya juga mengajarkan Al-Quran kepada manusia.’ Allah berfirman kepadanya, Kamu bohong, kamu mengajarkan ilmu supaya dibilang alim dan membaca Al-Quran supaya dibilang qari’.’ Kemudian Allah mengutus malaikat untuk melemparkan hamba tersebut ke dalam neraka.
.
Kemudian seseorang yang diberi keluasan rezeki mendapat karunia dari Allah berupa harta yang melimpah, di Hari Kiamat ia ditanya, ‘Apakah yang kamu kerjakan selama di dunia?’ Ia menjawab, saya selalu menafkahkan harta saya ke jalan Allah.’ Allah berfirman, ‘Kamu berbohong, kamu melakukan itu agar disebut seorang dermawan.’ Kemudian Allah mengutus malaikat untuk melemparkan hamba tersebut ke dalam neraka.
.
.
Misi Rahmatan lil Alamin
Posted in: Relax - Tazkirah |
.
Nama mereka menghiasi ruang-ruang kitab dalam bidang pengajian Islam. Sebelum ini aku hanya mampu mendengar dan membaca sahaja karya-karya mereka.
.
Alhamdulillah. Allah masih memberikan aku peluang untuk duduk dan menadah secebis ilmu daripada mereka.
.
Sistem menadah kitab ini dinamakan talaqi. Tak semua tempat di negara arab mempunyai suasana begini. Tulisan ini tak dapat menggambarkan perasaan dikala duduk menatap wajah syeikh-syeikh ini.
.

.
Syeikh ‘Abdus Sattar
(Sahih Al-Bukhari)
.

.
Dr.Aiman asy-Syawwa
(Nahu)
.

.
Syeikh As’ad as-Soghirjy
(Fiqh Hanafi)
.

.
Syeikh Dr.Musthofa Dib al-Bugho
(Syarah Sahih Muslim)
(Kitab Tanwir Masalik)
(Usul Fiqh)
.

.
Syeikh Dr.Ramadhan al-Buti
(Maqosid Syariah)
.

.
Syeikh Dr.Wahbah az-Zuhaili
(Fiqh Syafie)
.

.
ust abu muhammad
(Al-Quran)
.
Semoga Allah sentiasa memberkati Bumi Syam ini dengan limpahan mutiara yang sentiasa keluar dari mulut mereka yang hebat ini.
Ini hanyalah sebahagian sahaja syeikh-syeikh di Syria. Masih ramai lagi pewaris nabi di bumi ini. Semoga Allah memberkati mereka dan kita semua. Amin.
.
“muda sebelum tua…lapang sebelum sibuk…” semoga bermanfaat.
.
Misi Rahmatan lil Alamin
Posted in: Isu Semasa - Life - Tazkirah - Ulama |

.
Jarum jam di atas muka bumi berputar lagi meninggalkan detik semalam, kelmarin dan hari-hari sebelumnya untuk melangkah ke hari, minggu, bulan dan tahun yang menjadikan kita semakin berusia dan jadi orang tua. Walaupun kita memakai ilmu awet muda, tetapi usia tetap meningkat dan saat kematian semakin hampir. Saat untuk masuk ke rumah baru semakin dekat. Rumah tak berpintu, gelap, keseorangan jauh di perut bumi.
.
Menghitung baki jarum jam yang masih tinggal menjadi semakin penting mulai saat ini. Setiap saat usia kita cukup berharga dan bernilai. Tapi apa nilainya jika rutin kerja kita seperti itu juga? Apa nilainya kalau cara bekerja dan berfikir seperti dahulu juga?
.
Sepatutnya kita perlu fikirkan bagaimana mahu menambah nilai atas setiap kerja yang kita lakukan pada masa ini. Supaya menjadi nilai emas dan intan berlian. Janganlah kita biarkan usia yang berbaki ini menjadi daki-daki kotor yang bersalut dosa dan kemungkaran.
.
Muhasabahlah diri kita sentiasa. Apakah kita sudah bersedia atau belum untuk kembali bertemu Allah? Dan apakah usaha-usaha kita untuk memberi nilai tambah kepada setiap kerja yang kita lakukan? Apakah ia menjadi ibadah atau sebaliknya?
.
Marilah kita perbaharui dan perbetulkan niat setiap hari sebelum melangkah memulakan tugas harian kita. Moga-moga setiap detik yang berlalu itu menjadi ibadah di sisi Allah SWT.
.
-dipetik dari : “DEMI MASA” karya Abu Hassan Morad.
Misi Rahmatan lil Alamin
Posted in: Tazkirah |

.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
” Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya.”
( Surah Al-A’raf ayat 34 )
.
Memikirkan hal ini terasa begitu banyak himpunan dosa selama ini. Sebelum mata terlena selamanya, sebelum badan berehat tanpa kerja, sebelum pintu taubat tertutup akhirnya izinkanlah aku memohon kemaafan buat semua pembaca mohdshazni.com dan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.
.
Mungkin selama hidup di dunia ini aku terbuat salah, terguris perasaan, terkurang adab, terkurang bahasa dan banyak lagi lah secara sedar ataupun tidak yang menyebabkan malaikat di sebelah kiri membuat catatan, aku mohon kemaafan. Semoga dengan kemaafan anda semua memberi kemudahan untuk aku hidup di dunia ini dan memudahkan perjalanan di alam yang kekal abadi.
.
“Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan manusia”.
(Ali ‘Imran : 112)
.
Misi Rahmatan lil Alamin
Posted in: Life - Tazkirah |
.
Segala puji bagi Allah, hari ini masuk hari ke-33 aku berada di bumi Syam. Pelbagai ragam dan karenah manusia sudah dilalui. Menumpang di negara asing bukanlah sesuatu yang mudah dan selesa. Semoga Allah memberi kekuatan. Aku sedang menguruskan untuk pertukaran tempat belajar atas sebab tertentu. InsyaAllah berjalan lancar. Rumah tempat penginapan aku mengalami sedikit masalah. Aku habiskan hujung minggu lalu dengan acara perpindahan besar-besaran. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Syria masih lagi dalam cuaca sejuk yang suhunya tidak menentu.
.
Termenung sendirian kadang-kadang hati berbisik mengapa aku di sini? Selesa? Memikirkan tanah air, keluarga, rakan-rakan membuatkan pelbagai tanda tanya berlegar di dalam fikiran.
.
Ramai yang tertanya-tanya untuk apa aku merantau, berjauhan dengan keluarga, rakan-rakan sedangkan sudah bergelar graduan. Kalau benar untuk mencari ilmu mengapa tidak sambung ke peringkat master? Mengapa perlu menghabiskan wang dan waktu?
.
“5 ke 6 bulan kalau kat Malaysia mesti boleh buat macam-macam, paling kurang pun dapat kumpul duit bayar pinjaman”.
.
Itu kata orang. Kalau difikirkan begitu selalu dalaman aku boleh lemah. Bagi aku pengalaman adalah cikgu yang terbaik dalam hidup ini. Aku akan gunakan pengalaman-pengalaman ini untuk lakukan sesuatu untuk rakyat Malaysia Islam khasnya suatu hari nanti. InsyaAllah.
.
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
Al-Baqarah : 214
.
Misi Rahmatan lil Alamin
Posted in: Isu Semasa - Life - Relax - Tazkirah |
.
.

.
Gambar ini diambil sekitar perhimpunan perjuangan Palestin yang diadakan dengan jayanya di Syria. Bertakbir dengan semangat. Mencerca Israil sampai berbuih. Memijak bendera Israil dengan megah.
Tetapi…………….
Tak sempat habis majlis ,asap rokok dah berkepul-kepul dalam dewan. Macam mana nak lawan Israil kalau tak pandai nak hargai apa yang Allah bagi percuma. Badan,jantung, paru-paru, hidung orang sebelah yang tak merokok.
Semoga Allah memberi hidayah.
.
Misi Rahmatan lil Alamin
Posted in: Isu Semasa - Life - Relax - Tazkirah |
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi…. aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
.
Aaaaa!!!!… Ya Allah….. lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh… cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni… habislah jadi mangsa buaya.
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih… Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba…. terdengar satu bunyi…. uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
.
Hamba Allah tu kata, “Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.” kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.
.
Kalau semua nak tahu …
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, jadi, beringat-ingatlah.
.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
.
Madu… madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
.
Astaghfirullah…
Posted in: Tazkirah |