.
Nama mereka menghiasi ruang-ruang kitab dalam bidang pengajian Islam. Sebelum ini aku hanya mampu mendengar dan membaca sahaja karya-karya mereka.
.
Alhamdulillah. Allah masih memberikan aku peluang untuk duduk dan menadah secebis ilmu daripada mereka.
.
Sistem menadah kitab ini dinamakan talaqi. Tak semua tempat di negara arab mempunyai suasana begini. Tulisan ini tak dapat menggambarkan perasaan dikala duduk menatap wajah syeikh-syeikh ini.
.

.
Syeikh ‘Abdus Sattar
(Sahih Al-Bukhari)
.

.
Dr.Aiman asy-Syawwa
(Nahu)
.

.
Syeikh As’ad as-Soghirjy
(Fiqh Hanafi)
.

.
Syeikh Dr.Musthofa Dib al-Bugho
(Syarah Sahih Muslim)
(Kitab Tanwir Masalik)
(Usul Fiqh)
.

.
Syeikh Dr.Ramadhan al-Buti
(Maqosid Syariah)
.

.
Syeikh Dr.Wahbah az-Zuhaili
(Fiqh Syafie)
.

.
ust abu muhammad
(Al-Quran)
.
Semoga Allah sentiasa memberkati Bumi Syam ini dengan limpahan mutiara yang sentiasa keluar dari mulut mereka yang hebat ini.
Ini hanyalah sebahagian sahaja syeikh-syeikh di Syria. Masih ramai lagi pewaris nabi di bumi ini. Semoga Allah memberkati mereka dan kita semua. Amin.
.
“muda sebelum tua…lapang sebelum sibuk…” semoga bermanfaat.
.
Misi Rahmatan lil Alamin
.
.
“Hanya berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi dan semangat Malaysia boleh akhirnya lahirlah seorang lagi atlit negara. yang hebat. Tumpuan yang mendalam ketika sesi latihan di kampung orang asli Sungai Rual Kelantan tahun lalu menjadikan dia seorang pemain yang digeruni di dalam gelanggang arena bola tampar.”
.
Hahaha. Begitulah sedikit petikan di dalam ruangan sukan surat khabar harian Syria. (uwek)
.
Alhamdulillah. Hari ke 48 di sini mencatat satu sejarah yang akan membanggakan cucu aku satu hari nanti yang mana atok mereka ni seorang atlit negara. (asal muke korang cam x puas ati je? Jeles ke?)
.
Hujung minggu yang lalu, telah berlangsung sebuah acara sukan asia di peringkat pelajar-pelajar. Dan aku telah terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi dalam sukan bola tampar. Berbekalkan pengalaman menampar orang dan nyamuk aku berjaya menyumbangkan beberapa mata untuk negara tercinta.
.
Walaupun tewas teruk di tangan Indonesia dan Thailand pada permulaan perlawanan tapi ia tidak melunturkan semangat kami untuk bangkit dan akhirnya mengalahkan Singapura dan Filipina. Perlawanan berakhir dengan Malaysia menerima pingat gangsa bagi acara bola tampar.
.
Sejurus perlawanan tamat menteri belia dan sukan telah mengarahkan aku untuk pulang pada hari kemerdekaan nanti bagi acara penganugerahan atlit berpotensi.(tahan muntah anda!)
.
Akhir kata, badan yang sihat tidak akan menyusahkan orang untuk kita beribadah. Majulah sukan untuk negara.
.
Misi Rahmatan lil Alamin

.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
” Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya.”
( Surah Al-A’raf ayat 34 )
.
Memikirkan hal ini terasa begitu banyak himpunan dosa selama ini. Sebelum mata terlena selamanya, sebelum badan berehat tanpa kerja, sebelum pintu taubat tertutup akhirnya izinkanlah aku memohon kemaafan buat semua pembaca mohdshazni.com dan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.
.
Mungkin selama hidup di dunia ini aku terbuat salah, terguris perasaan, terkurang adab, terkurang bahasa dan banyak lagi lah secara sedar ataupun tidak yang menyebabkan malaikat di sebelah kiri membuat catatan, aku mohon kemaafan. Semoga dengan kemaafan anda semua memberi kemudahan untuk aku hidup di dunia ini dan memudahkan perjalanan di alam yang kekal abadi.
.
“Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan manusia”.
(Ali ‘Imran : 112)
.
Misi Rahmatan lil Alamin

.
Gempar. Dua hari lepas rumah sewa aku digegarkan dengan kehadiran persatuan makcik-makcik yang tak puas hati dengan ‘cara’ kami.
.
Ini adalah disebabkan oleh gangguan bau ikan bilis lama yang digoreng untuk santapan tengah hari. Bau ikan bilis goreng yang begitu enak bagi hidung orang melayu rupanya menjadi bualan makcik-makcik arab. Agaknya dendam bau masak kari, masak kurma dan pelbagai menu bujang akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila bau ikan bilis mencucuk hidung mancung mereka. Hehe. Memang busuk pun. Ikan bilis zaman firaun kot yang digoreng balik tu. Siap nak buat laporan polis lagi. Hehe.
.
Beginilah nasib tinggal di rumah bertingkat-tingkat. Sebagai pengajaran buat kami semua agar tidak goreng lagi benda-benda pelik dari Malaysia. Pelik kah?
.
Haaaa….pendahuluan je tu..
Hari ke-42 aku berada di Syria. Antara ilmu lain yang aku dapat kat sini ialah memasak. Terbaik.
(Versi Tiada Huraian)
.
Misi Rahmatan lil Alamin
.
Segala puji bagi Allah, hari ini masuk hari ke-33 aku berada di bumi Syam. Pelbagai ragam dan karenah manusia sudah dilalui. Menumpang di negara asing bukanlah sesuatu yang mudah dan selesa. Semoga Allah memberi kekuatan. Aku sedang menguruskan untuk pertukaran tempat belajar atas sebab tertentu. InsyaAllah berjalan lancar. Rumah tempat penginapan aku mengalami sedikit masalah. Aku habiskan hujung minggu lalu dengan acara perpindahan besar-besaran. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Syria masih lagi dalam cuaca sejuk yang suhunya tidak menentu.
.
Termenung sendirian kadang-kadang hati berbisik mengapa aku di sini? Selesa? Memikirkan tanah air, keluarga, rakan-rakan membuatkan pelbagai tanda tanya berlegar di dalam fikiran.
.
Ramai yang tertanya-tanya untuk apa aku merantau, berjauhan dengan keluarga, rakan-rakan sedangkan sudah bergelar graduan. Kalau benar untuk mencari ilmu mengapa tidak sambung ke peringkat master? Mengapa perlu menghabiskan wang dan waktu?
.
“5 ke 6 bulan kalau kat Malaysia mesti boleh buat macam-macam, paling kurang pun dapat kumpul duit bayar pinjaman”.
.
Itu kata orang. Kalau difikirkan begitu selalu dalaman aku boleh lemah. Bagi aku pengalaman adalah cikgu yang terbaik dalam hidup ini. Aku akan gunakan pengalaman-pengalaman ini untuk lakukan sesuatu untuk rakyat Malaysia Islam khasnya suatu hari nanti. InsyaAllah.
.
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
Al-Baqarah : 214
.
Misi Rahmatan lil Alamin

.
Selesai menunaikan solat di sebuah masjid sekitar Syria, seorang pemuda disapa mesra seorang pakcik. Semakin rancak perbualan mereka. Akhirnya pakcik itu mempelawa untuk menziarahi kedainya. Bersungguh-sungguh ajakan itu membuatkan pemuda tersebut akur dan mengikutnya ke sebuah kedai yang tidak jauh dari masjid tersebut.
.
Melangkah masuk ke kedai barangan hiasan rumah milik pakcik tersebut, pemuda itu disambut mesra pekerja yang lain. Dengan senyuman mesra pakcik itu menunjuk satu barang kepada pemuda tersebut di suatu sudut.
.
“Tengok ni, Made in Malaysia”
“Malaysia bagus”.
Pemuda itu hanya tersenyum.
.
Misi Rahmatan lil Alamin
.
.
Syed Ahmad Fathi Syed Mohd Khir bersama rakanya Talib 2 rakyat Malaysia yang sedang menuntut di St.Petersburg, Russia. Menghabiskan sisa cuti semesternya disekitar bumi Syam untuk mencari sesuatu yang lebih bernilai dari harta benda.
Senang bersama mereka selalu. Semoga menjadi jurutera islam yang hebat suatu hari nanti. Mari mendokan kejayaan mereka.
Selamat beramal sahabatku. Semoga berjumpa lagi.
.
Misi Rahmatan lil Alamin
.
.

.
Gambar ini diambil sekitar perhimpunan perjuangan Palestin yang diadakan dengan jayanya di Syria. Bertakbir dengan semangat. Mencerca Israil sampai berbuih. Memijak bendera Israil dengan megah.
Tetapi…………….
Tak sempat habis majlis ,asap rokok dah berkepul-kepul dalam dewan. Macam mana nak lawan Israil kalau tak pandai nak hargai apa yang Allah bagi percuma. Badan,jantung, paru-paru, hidung orang sebelah yang tak merokok.
Semoga Allah memberi hidayah.
.
Misi Rahmatan lil Alamin

.
Situasi 1 :
Di sebuah kedai runcit
.
“Berapa harga pen ni pakcik?”
“2 ringgit.”
“2 ringgit? Asal mahal sangat?”
“Eh, memang harga tu la selalunya.”
“Seringgit tak dapat ke pakcik?”
“Tak jual la macam tu.”
“Warna hijau ada tak?”
“Jenis lain ada la”
“Ok la pakcik. Saya beli pen ni 2 batang.”
“Allah memberkati kamu.”
“Terima kasih.”
.
.
Situasi 2 :
Teksi tiba di destinasi.
“Berapa pakcik?”
“5 ringgit.”
“Kurang la sikit. Kami belajar lagi.”
“Pakai meter ni, memang harga macam ni.”
“Sikit pun tak boleh ke pakcik?”
Tersenyum (geleng kepala)
.
.
Cakap je walaupun benda tu kadang-kadang tak masuk akal, InsyaAllah boleh bertambah perkataan dalam kamus otak. –nasihat seorang sahabat yang cukup hebat-
p/s : [dua situasi itu dibaca dalam bahasa arab]
.
Misi Rahmatan lil Alamin

.
Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja. Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian.
.
Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya. Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.
.
Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta. Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”.
.
Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air. Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.
.
seLaMat PenGantiN baRu
Nur Nadzifa Ahmad Azam & Muhammad Suhail Ahmad