Bumi Lubnan

Firman Allah dalam Surah An-Naml ayat ke 69 :

“Katakanlah (Muhammad), Berjalanlah kamu di bumi, lalu perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.”

.

Mapa

Alhamdulillah.

Segala Puji Bagi Allah. Dengan keizinanNya dapat aku berkongsi sedikit daripada pengalaman ketika Allah memberikan keizinan kepadaku untuk mengembara ke bumi Lubnan. Salah sebuah negara yang berjiran dengan Syria.

.

Rii

Lubnan mengikut sejarahnya merupakan penempatan  Zaman Neolitik yang wujud 7,000 yang lalu. Kawasan itu juga pernah dikuasai oleh kerajaan Phoenicia, Parsi, Yunani, Rom, Byzantine, Arab dan sebagainya. Akhirnya, Lubnan dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah.

.

Sejarahnya juga mereka mengalami  kemerosotan selepas Perang Dunia Pertama dan diserahkan kepada kuasa Perancis. Akibat tekanan diplomatik dan penduduk Lubnan, Perancis bersetuju memberi kemerdekaan kepada Republik Lubnan pada 1943.

.

Lubnan juga pernah mengalami Perang Saudara yang tercetus pada tahun 1975. Hal ini berlaku kerana terjadinya rusuhan antara golongan Kristian, pengikut Sunnah, Syiah, Druze dan juga pihak Palestin. Pada tahun 1990 Perang Saudara ini ditamatkan melalui Perjanjian Taif. Hampir 150,000 penduduk Lubnan  telah terkorban dalam peperang ini.

.

Sedikit maklumat sejarah negara Lubnan yang aku gali dari sumber bacaan. Jika Turki mendapat jolokan sebagai Syurga Dunia, Lubnan pula dikenali sebagai Paris Arab. Mungkin kerana corak kehidupan dan gaya penduduknya sudah seperti di Eropah.

.

pp

Perjalanan dari Damsyik ke Beirut iaitu ibu negara Lubnan hanya mengambil masa kurang dari 4 jam. Aku menaiki teksi yang dikhaskan untuk ke sana.

.

I

Perjalanan seperti biasa diiringi kawasan bukit-bukit batu dan juga ladang gandum yang menghijau. Apabila teksi yang dinaiki memasuki kawasan Lubnan, kelihatan kawasannya dikawal ketat oleh tentera-tentera yang lengkap bersenjata. Mungkin keadaan negaranya yang berjiran juga dengan negara haram Israel menyebabkan mereka perlu bersedia selalu.

.

1

.

jabal

Bandar Beirut menyambut aku dengan hembusan angin dari  Laut Mediterranean yang suam-suam dingin. Suasana di jalan rayanya juga seperti bandar-bandar besar yang lain, sesak dengan kenderaan yang mewah. Kebanyakan kereta Mercedes mereka digunakan hanya sebagai teksi biasa.

.

R

Beirut juga mempunyai tarikannya yang tersendiri iaitu aset utama mereka, dua batu kapur yang rapat dengan pantai Beirut. Batu ini di kenali sebagai ‘BayRock’ atau Rowcheh. Kewujudan batu ini menyebabkan ramai pelancong membanjiri kawasan ini dan anda akan terasa seperti ingin terjun untuk berenang menuju ke dua batu itu kerana keunikannya. Subhanallah.

.

Rock

Walaubagaimanapun, rata-rata penduduk Lubnan yang aku lihat, semuanya sudah terkesan dengan cara kehidupan barat. Aku juga dimaklumkan bahawa sudah wujud Sekolah Amerika iaitu sekolah yang mendidik sepenuhnya mengikut cara barat. Bayangkan jika anak-anak muda ini, dah la berperangai arab, pemikiran pula dijajah barat. Hasilnya?

.

Tak hairanlah jika kita dapati anak mudanya seperti sudah hilang malunya. Remaja mereka kelihatan seperti sudah hilang arah dan mungkin hanya menunggu ombak Tsunami untuk mengingatkan mereka!

.

D

Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka.

.

Mungkin kembaraku yang singkat ke Lubnan tidaklah dapat menghakimi mereka secara melulu. Tetapi dengan masa yang singkat itulah aku dapat lihat pelbagai ragam manusia yang masih tertipu dengan penyakit DUNIA. Jika anak mudanya sudah begitu, apa yang akan terjadi kepada masa depan?

.

Besarnya pahala pendakwah di Lubnan. Allahuakbar.

.

Pelbagai persoalan bermain di minda dikala teksi yang aku naiki menyusuri jalan keluar dari Lubnan.

.

Tidaklah kehidupan dunia itu melainkan mainan dan berseronok-seronok, dan hari akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Apakah kamu tidak memikirkannya?.

(Al-An’aam: 32)

.

Misi Rahmatan lil Alamin.

May 22, 2010Permalink 1 Comment

One thought on “Bumi Lubnan

  1. nak tau lebih lanjut tempat bersejarah… aman tak kt sana..apa yg menarik di sana n byk x tempat untuk bershoping hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *