Edisi Khas

.

mom

.

25 April 2010

.

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

-Lagu Rabbani-

.

2.

Hanya doa yang sahaja yang mampu menjadi hadiah untuk tahun ini. =)

.

Terima Kasih Mama

.

Misi Rahmatan lil Alamin

Bergerak

Tidaklah kehidupan dunia itu melainkan mainan dan berseronok-seronok, dan hari akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Apakah kamu tidak memikirkannya?

(Al-An’aam: 32)

.

Keadaan di dalam kelas tiba-tiba menjadi sepi seketika. Semua mata dan telinga pelajar tertumpu sepenuhnya kepada kata-kata seorang ustaz.

.

Mukanya yang putih dan penuh senyuman ketika memulai kelas sebentar tadi kelihatan agak sebak. Matanya berkaca menunggu titisan air dari kelopaknya. Suaranya beransur perlahan.

.

“Selamatkah kita di dalam kubur nanti?”

.

Persoalan yang dikupas begitu menarik. Seorang ustaz yang begitu ceria sebelum ini dengan gurauannya, dengan aksi mukanya, hari itu merentap hati pelajar di hadapannya untuk berfikir hakikat kehidupan yang sebenarnya.

.

Ustaz itu menceritakan bahawa hidup di dunia yang penuh dengan pelbagai dugaan pada hari ini kadang-kadang menjadikan kita lalai dan lupa bahawa ianya hanyalah sementara. Diibaratkan di dalam hadis kehidupan ini seolah-olah seorang pedagang atau pengembara yang hanya singgah seketika di dunia.

.

Bagaimana mungkin seorang pengembara yang sedang mengembara mensia-siakan waktu untuk mengumpul bekalan bagi perjalanannya yang masih panjang. Tertipu dengan keindahan tempat persinggahannya itu sehingga lalai tanggungjawabnya yang sebenar.

.

Adakah jalan yang lebih baik dari taubat?

.

Termenung aku di dalam sebuah kenderaan yang aku naiki untuk pulang ke rumah.

.

Semoga pendahuluan yang tak seberapa ini menjentik naluri kita untuk beribadat dan berterima kasih kepada Allah atas nikmat-nikmatnya.

.

Hari ini 19 April 2010 bersamaan dengan hari ke 98 aku berada di Syria. Aku tak akan bercerita mengenai tempat atau kawasan bersejarah pada kali ini. Tapi episod kali ini akan membawa anda semua untuk mengetahui  pengangkutan yang digunakan untuk bergerak ke tempat tertentu di sekitar Damsyik.

(ayat macam Majalah3 la kunun)

.

sebis

Service

.

Gambar di atas ini menunjukan sebuah van yang di panggil service di sini. Kebanyakan penduduk di sini menggunakannya. Jalan raya kelihatan sangat meriah dengan aksi cilok dan alunan bunyi hon dari kenderaan ini. Ianya lebih senang didapati berbanding bas yang bersifat agak minoriti.

.

33Pengangkutan Awam

.

Hanya berpandukan nama atau warna yang dipaparkan di atas bumbung service itu kita boleh menaikinya dan turun di mana sahaja sepanjang perjalanannya itu. Aku lebih suka untuk memilih tempat duduk di hadapan apabila menaikinya. Kaki akan terasa seperti menekan brek walaupun aku hanyalah seorang penumpang. Mulut pemandunya pula kadang kala memberi perkataan cacian terbaru untuk dipelajari.

.

bus

.

Bas hijau tu pula seperti bas-bas lain di Malaysia, cuma tiada loceng disediakan untuk berhenti. Mungkin terpaksa menjerit ketika bas yang kita naiki itu penuh. Sangat tidak menarik. Tambangnya sama seperti menaiki service. Aku menaikinya untuk ke tempat tertentu sahaja.

.

beskalterkunci rapi

.

mat rempit

.

Jika di Malaysia jalan rayanya dipenuhi oleh mat-mat rempit, keadaan di sini berbeda sekali. Tiada istilah merempit atau lumba motor secara haram. Mat skuter lagi la tak jumpa. Mungkin penduduk di sini masih selesa menggunakan basikal tua mereka.

.

motobasikal cas

.

Bagi yang sukakan kelajuan, enjin yang bunyinya agak sama seperti mesin rumput akan dipasang pada basikal tua itu. Agak layan muka mereka ketika memecutnya. Bagi mereka yang agak moden pula akan memilih untuk membeli basikal cas yang laju dan tiada bunyi. Mereka hanya perlu mengecasnya sahaja untuk perjalanan yang selesa. Jika tidak di cas kayuhan kaki terpaksa dilakukan.

.

014di sebalik basikal tu

.

Jarang aku nampak motor dalam gambar atas ni bersiar-siar di jalan raya. Helmet pun kerajaan sini tak sempat nak buat akta lagi kot.

.

Jika hendak melihat motor yang lebih selesa, motor polis trafik lah yang paling hebat. Kuda putih mereka seakan-akan kuda putih yang sudah berumur 80 tahun. Adus kesian. Sesuai la untuk kejar mat basikal.

.

iklan

.

Tapi secara keseluruhannya jangan dipandang remeh penduduk Syria ni. Kereta yang mereka gunakan lebih hebat berbanding kereta di Malaysia. Pelbagai kereta antik boleh didapati di sini, apatah lagi kereta keluaran terbaru.  Mungkin cikgu kelas memandu mereka sahaja yang tak sempat ajar cara dan tempat parking yang sesuai. Aspek penjagaan kereta juga perlu diajarkan kepada mereka supaya kereta evo atau skyline tidak dilenjan seperti menaiki trak askar.

.

Pandu dan tungganglah dengan cermat. Semoga menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa bersyukur.

.

keli

.

Menaip di tepi jendela sambil memerhatikan kenderaan yang pelbagai memenuhi jalan raya lalu terlintas di fikiran, dah lama aku tak naik motor …….sabar lah Mohd Shazni….

.

Misi Rahmatan lil Alamin.

Berjalan..Melihat..Mentafsir..

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :

“Costantinople itu pasti akan dibebaskan, Sebaik baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan)nya, dan sebaik baik tentera adalah tentera (yang menawan) nya.”

.

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

.

Hari ke-80 aku di Syria. Allah menggerakan aku untuk berjalan mengembara ke bumi yang pernah digegarkan dengan kehebatan pemerintahan Uthmaniah.

.

turkey

.

Turki ialah sebuah negara yang terletak di utara Syria dan mengambil masa hanya kurang 5 jam untuk ke sempadannya. Tetapi pengembaraan untuk ke sebuah kota lama, Istanbul, tidak semudah yang disangka. Alhamdulillah, nikmat tenaga muda yang masih Allah berikan memberikan kekuatan untuk aku duduk di dalam bas hampir 18 jam perjalanan. Berhenti untuk berehat tidak sampai 15 minit hanya perkara biasa.  Sungguh mencabar kedudukan tulang pinggulku.

.

Image057

-Pengembaraan itu-

.

Jangan merungut dan selalu positif. Itu yang aku selalu ajarkan pada diri ini. Kata sifuku sangka baik dengan Allah selalu memudahkan semua benda. Berfikir seperti itu lah menguatkan lagi semangatku untuk mengembara. Alhamdulillah.

.

odw

-melayan tumbuhan-

.

Sebelum kita mengembara lebih jauh elok kiranya kita kenali serba sedikit mengenai Kota Istanbul. (Maklumat ini berdasarkan sumber bacaan aku. Salah silap mohon tunjuk ajar.)

.

Turki, nama sebuah negara yang tidak asing lagi dengan gelaran syurga dunia oleh kecantikan tempatnya. Tetapi apa yang lebih penting ialah sejarahnya. Kota ini dahulunya dikenali sebagai Konstantinople dan menjadi ibu kota selama ribuan tahun oleh Kerajaan Byzantine yang sangat kebal. Pelbagai cara pernah dilakukan untuk menakluk kota itu bermula dari zaman Kerajaan Umayyah juga oleh Kerajaan Abbasiyah. Namun ke semuanya gagal.

.

Sultan_Muhammad_Al-Fateh

-tokoh terbilang-

.

Akhirnya Tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad bin Murad atau Sultan Muhammad II dipilih oleh Allah untuk menawannya pada 20 Jamadil Awwal 857H bersamaan 29 Mei 1453. Sultan Muhammad II yang kemudiannya dikenali sebagai Muhammad Al-Fateh (Mehmet The Conquerer) ini telah menjadikan kota ini sebagai ibu kota Kerajaan Uthmaniyyah dan menamakannya sebagai Istanbul. Sejarah telah melakarkan kisah bahawa pemuda ini telah berjaya menguasai kota Constantinople selama 53 hari tanpa rasa jemu dan jauh sekali berperasaan putus asa. Beliau ketika ini berusia 21 tahun dan sudah berjaya mengembangkan Islam di hampir 20 buah negara. Subhanallah.

.

Anak muda yang hebat. Cemburu hati ini memikirkan diri yang masih serba kekurangan ketika usia melonjak saban tahun tanpa sumbangan yang besar untuk Islam.

.

Hadis yang pernah di sabdakan berlegar di dalam otak aku ketika dalam perjalanan. Pelbagai persoalan timbul dan bermain di fikiran. Sungguh mengkagumkan.

.

Jam hampir menunjukkan 4 pagi. Aku tersedar dari tidur. Tak sempat pula aku nak kira kali ke berapa puluh ribu aku tidur, tapi masih belum tiba ke destinasi. Untungnya kerusi sebelah aku tidak berpenghuni, lebih aktif la aku berkuak lentang dan gaya bebas. =)

.

Suasana awal pagi itu bas meluncur di sebuah bandar dan aku terlihat papan tanda selamat tiba ke Istanbul. Hati menguntumkan senyuman. Allah beri aku kesempatan untuk selamat sampai ke Istanbul.  Alhamdulillah.

.

Mata sudah tidak terpejam lagi. Dari dalam bas kelihatan Istanbul sebuah kawasan yang berbukit-bukit yang berhampiran dengan laut.

.

Fikiranku mula mengimbau sejarah bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh memimpin tentera dengan kebijaksanaannya. Bagaimana dia memindahkan 70 buah kapal tenteranya merentasi bukit untuk menyeberang ke kawasan musuh dalam masa 1 malam setelah dihalang di jalan laut.

.

Sejarawan Byzantine pernah berkata, “ tidak lah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib ini, Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan”.

.

Subhanallah. Sungguh anak muda terpilih itu dikurniakan akal fikiran yang bernas untuk mengembangkan Islam.

.

que

-Masjid Biru-

mas

-kawasan dalam-

.

Setelah berhempas pulas melayan gegaran di dalam bas akhirnya kaki ku selamat melangkah di Istanbul. Alhamdulillah. Dalam dingin subuh kaki melangkah, di selangi sahutan azan subuh yang mendayu aku menuju ke Masjid Sultan Ahmad. Masjid yang diilhamkan oleh arkitek Mehmet Aga ini didirikan pada tahun 1609-1616 Masihi ia disebut juga dengan nama Masjid Biru.

.

subuh

-subuh yang dingin-

mimbar

-mimbar-

.

Aku habiskan masa di Istanbul ke tempat-tempat bersejarah seperti Tokapi Palace yang pernah menjadi pusat pentadbiran Islam suatu ketika dahulu. Muzium Aya Sofya yang dahulunya sebuah gereja kemudian ditukarkan menjadi masjid dan kini hanya sebuah muzium. Dan beberapa tempat lagi.

.

tokapi

-tokapi palace-

.

bazar

-bazar-

.

Kawasan sejarah di Istanbul ini tidak lah begitu jauh jaraknya, jadi berjalan kaki adalah pilihan utama untuk menikmatinya. Aku hanya mendapatkan maklumat-maklumat sejarah ini berdasarkan buku yang dibeli di hadapan Masjid Sultan Ahmad. Mungkin masih banyak lagi yang perlu aku gali untuk perkongsian bersama.

.

bunga

-musim bunga-

.

Istanbul kini tidak lagi seperti dahulu. Dakyah barat dan yahudi telah banyak meninggalkan kesan terhadap masyarakat Turki. Walaupun kelihatan begitu pesat pembangunannya, tetapi sayangnya bersiar-siar di Istanbul terasa seperti menonton wayang barat tanpa tapisan di sana sini. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.

.

ss

-ciptaan tuhan-

.

Kali ini cukuplah rasanya menghayati dan berfikir bagaimana keunggulan Sultan Muhammad Al-Fatih yang menghabiskan masa mudanya untuk berjuang menyebarkan Islam. Di manakah kita menghabiskan usia muda kita?

.

tt

-senja di Istanbul-

.

Mungkin jika diizinkan Allah, aku akan datang lagi ke Istanbul bersama isteri rakan turki yang mungkin lebih mengetahui secara mendalam sejarah Islam di sini. Atau mungkin dapat berjumpa wakil sahabat GPTD Turki saudara Faiz yang difahamkan sedang bercuti di Malaysia sekarang ini.

.

jj

-aiskrim tradisi-

.

Bagi mereka yang mungkin ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah ketokohan Sultan Muhamad Al-Fatih boleh terus melayari blog Grup Al-Fatih GPTD.

.

Terima kasih Ya Allah yang menemani ku disetiap perjalanan. Terima kasih sahabat-sahabat yang banyak membantu. Semoga Allah mengampunkan kesalahan kita bersama.

.

rr

-laut yang pernah menjadi saksi-

.

Semoga pengembaraan yang singkat  ini senantiasa dipimpin oleh Allah untuk aku menjadi seorang yang meneladani kepimpinan Sultan Muhamad Al-Fatih dalam memperbaiki diri dan masyarakat untuk lebih mengenal keindahan Islam. Amin Ya Allah.

.

Astaghfirullah…Astaghfirullah…Astaghfirullah…

.

“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepadamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin?”

(Surah Luqman, ayat 20)

.

Misi Rahmatan lil Alamin

SOUQ HAMIDIYYAH

suQ

-Pintu Hadapan Souq-

.

Souq Hamidiyyah ialah sebuah pasar yang telah pun berusia 500 tahun dan telah pun dimajukan semula pada tahun 1873 di bawah kesultanan Turki-Uthmaniyyah Sultan ke-34 (Sultan Abd Hamid II-1876-1909). Pasar yang panjangnya 1.5km ini memuatkan kedai-kedai pelbagai aneka barang seperti pakaian, barang perhiasan, dan juga kraftangan penduduk tempatan.

.

suq

-Sebelum Melintas Jalan-

.

suuqq

-Kedai Sudah Tutup-

.

bakdas

-Aiskrim Tumbuk-

.

Abu H

-Makam Abu Hurairah R.A-

.

Sebuah kedai aiskrim (Bakdash) warisan berusia 100 tahun juga masih beroperasi di kawasan ini. Tak lengkap rasanya lawatan ke Syria kalau tidak mencuba aiskrim resepi nenek moyang arab ini. Di dalam Souq Hamidiyyah ini juga terdapat Makam Abu Hurairah R.A. , Madrasah Zahiriyyah, Madrasah Adiliyyah, Madrasah Jaqmasiyyah dan Hammam (ruang mandi) Al-Malik Az-Zahir. Di hujung pasar inilah letaknya Masjid Umawi yang pernah aku ceritakan sebelum ini.

.

Misi Rahmatan lil Alamin