Semester 3 2008/2009

Hari ini ialah hari pertama peruniversitian aku bermula. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Pelajar baru masih bergaya dengan kasut baru, baju baru, seluar baru, rambut baru dan bermacam macam lagi bau-bauan. Gelagat memegang slip jadual dan mulut terkumat kamit membaca nombor kelas sambil berjalan mencari kelas bersama kawan-kawan turut memeriahkan suasana hari ini. Suasana di kolej kediaman pula lain kisahnya. Pejabat kolej diasak dengan pelbagai persoalan bagi menguruskan tempat penginapan. Segelintir pelajar menjadikan hari pertama ini seperti cuti yang telah dianugerahkan oleh pihak universiti. Biar apa pun yang berlaku ini semua menjadikan diri semakin matang menguruskan sesuatu dan akhirnya akan melahirkan para siswazah yang jawanya jiwanya dan mentalnya sehebat para pejuang di medan perang. Selamat memulakan semester baru ini dengan semangat yang beria-ria.

p/s: letih menguruskan hal bilik aku yang tah pape……

May 4, 2009Permalink 3 Comments

3 thoughts on “Semester 3 2008/2009

  1. susahnya nak start sem br..samalah aku br hr ni setle add subject.. tak pi ziarah ngo hr ni.. pi jumpa NATO..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *