Hari Dunia Tanpa Tembakau

taknak1

Hari Dunia Tanpa Tembakau disambut oleh seluruh dunia pada 31 Mei. Negara-negara -ahli Pertubuhan Sedunia telah mencipta Hari Dunia Tanpa Tembakau pada tahun 1987. Ini menarik perhatian sedunia pada wabak tembakau dan kematian serta penyakit daripadanya yang boleh dielakkan. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan kematian setahun sebanyak 3.5 juta setahun daripada masalah kesihatan yang berkaitan dengan tembakau.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan.

: Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna) – Al-A’la (87:9)

Akhirnya kau pergi jua…

Kali ni dia memang nekad gila nak larikan diri. Aku pun tak tau la kenapa. Hari Jumaat lepas dia lompat dari atas moto kat tengah lampu isyarat. Panas tol. Aku tak puas hati. Pusing balik. Aku tangkap dia balik. Kereta dah la banyak lalu lalang. Buat malu je dia ni.

Tapi petang semalam aku pasrah. Dia lompat lagi dari moto aku dalam keadaan jalan yang cukup sesak. Takda peluang lagi aku nak tangkap. Suasana jalan yang cukup sesak. Puas hati dia dapat malukan aku dari Jalan Ipoh sampai ke Gombak. Dia akan menyesal nanti. huh…

wanted

Ini je la gambar kenangan dia yang aku ada.

Sambil Menunggu

Jam kat bilik aku sekarang ni tepat kol 12.10 malam. Mana la mamat ni. Janji nak datang awal. Mata aku dah jeling bantal empuk tu je.

hmmm….

Teringat aku baca kosmo petang tadi. Cerita utama yang masih lagi berkait rapat dengan hantu. Perempuan berkebaya merah di lebuhraya. Hantu ni lah yang memulakan musim cerita hantu kosmo minggu ni. Mengalahkan kes H1N1 plak. Kalau dari apa yang aku baca kat kosmo tadi, uncle seekers cakap Malaysia ni ialah negara yang paling banyak hantu. Pengkaji barat plak setuju sebab berdasarkan kajian dorang dari tahun 1896 sampai 1960 an Malaysia ni ada lebih kurang 700 jenis hantu. Amacam? heh

Dah la malas aku nak tulis pasal hantu tu. Korang baca la sendiri nanti. Kes H1N1 tu pon tak selesai lagi. Lebih kurang 131 pelajar sekarang ni dikuarantinkan. Sabar je la ye.

Orang yang ditunggu dah sampai.

Gerak. Publish.

Yong Tau Fu

Matahari semakin meninggi.

Baju di jemuran hampir kering.

Suasana di jalan raya semakin sesak.

Pekerja di pejabat mulai keluar untuk mengisi perut.

Pelajar di sekolah sudah bersiap siap untuk pulang ke rumah.

Azan zohor sedang berkumandang.

Tinggal kan semua urusan.

Solat.

Tidur

Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari.

Islam mengajar manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan jadi bekalan hidup di akhirat.

Tidur setelah didahului rasa mengantuk kurniaan Tuhan, akan menjadikan tubuh rehat dan cergas segar semula. Di akhirat ada habuan bagi manusia itu.

Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat.

Peraturan dan adab yang pertama, ialah bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk.

Islam bukan saja suruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT.

Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya.

Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiripun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur.

Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus di tempat yang sukar air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya.

Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w.

Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya.

Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun pada hujung malam. Ini kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat-ingat akan niatnya.

Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajiban mereka ialah menyediakan surat wasiat.

Kewajiban orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia.

Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu.

Orang yang mempunyai keyakinan mengenai bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur.

Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup.

Ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk.

Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada kudrat Allah SWT. Justeru dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik ke atas seperti benar-benar telah mati.

seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang Islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok.

Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Doa

Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud):

“Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.

“Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.

“Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.

“Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut.”

Selamat Hari Guru

happy-teachers-day

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Selamat hari guru buat semua guru-guru di luar sana. Tak kira lah guru besar ke guru kecik ke guru silat ke guru jahit ke guru masak ke guruh di langit ke di mana saja kalian berada mohdshazni.com merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat kalian. Sesungguhnya sangat mulia pekerjaan menyebarkan ilmu ini. Sayangi guru anda.

Air..Ayor..Ayaq..

a

Gambar ini di ambil selepas air mulai surut di suatu sudut kawasan kediaman pelajar. Air inilah yang dengan rasa bangganya masuk dan lepak dalam bilik aku malam tu. Boleh korang bayangkan air yang macam teh ais ini melepasi paras betis dan masuk ke dalam bilik dan membuat tunjuk perasaan tanpa gangguan FRU dan badan berunifom yang lain. Sungguh mengasyikan bukan. hehe

a

Ini lah gambaran ringkas bilik baru aku selepas air bersurai dengan aman pada malam itu. Nampak sepeti bersih, hakikatnya tuan punya bilik sahaja yang mengetahui keadaan sebenar. Aras bawah blok aku pada malam kejadian tidak dapat melakukan sebarang aktiviti pembersihan kerana bekalan elektrik turut terputus. Sungguh sadis melihat bilik yang gelap dilimpahi air seperti sunway lagoon ditutup lampu pada waktu malam.

A

Keesokan harinya (hari Jumaat la) baru lah aktiviti menyelongkar barang untuk dibersihkan. Tikar aku terpaksa di campak ke luar kerana baunya boleh mengganggu gugat keselamatan negara. Laci pada gambarajah di atas boleh juga dinamakan pusat tadahan air. Dengan kuantitinya seperti anda ingin membela ikan talapia ia cukup untuk membasahkan seluruh isi kandungannya. Maafkan aku report RND. Akhirnya dakwatmu pergi bersama air itu. huhuhu

Aa

Melihat jiran-jiran yang hampir siap mengemas bilik menjadikan aku semakin tertekan. Bilik aku masih seperti loji. Di manakah kawan sebilik? Sejak semalam tidak kelihatan. Semuanya terlibat dengan program di luar lampus. Aku hanya mampu duduk di atas katil sambil menghirup udara bilik dan mengadu kepadaNya. Bagaimana aku ingin selesaikan masalah ini. huhu..Aku hanya bersama Dudu, rakan sekelasku. Aku cuba meminjam paip getah dari makcik-makcik cleaner. Hasil nya…lihat lah gambar di atas. Alhamdulillah..Allah mendengar keluhan hatiku. Bilik aku di serbu tentera biru bagaikan sure heboh. Suasana sungguh meriah. Ala-ala pesta sonkran kat Thailand tu..hehe…Jutaan terima kasih buat tentera biru. Makcik timah, makcik nab, makcik tun, dan semua yang terlibat dalam acara sembur dan tolak pagi tu. Walaupun mulut makcik-makcik ni macam DJ kat radio tapi keje dorang memang perfect. Aku rasa makcik-makcik cleaner ni mesti ada ijazah cuci-cuci major dalam cuci bilik la kot. Cayalah makcik.

A

Tidak ketinggalan jutaan terima kasih juga pada rakan sekelas Dudu yang memang rajin dan berbakat dalam acara membersih bilik. Sungguh mulia jasamu kawan. Ceeeewwwaaaaahhh……

ia

A

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang datang membuat lawatan rasmi. Sahabat yang memberi ruang untuk berteduh buat seketika. Sahabat yang menyalurkan sumbangan dari pelbagai aspek. Terima kasih.

: setiap kejadian ada hikmahnya.

KL

Kuala Lumpur (KL) atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Kuala Lumpur pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Dengan penubuhan Putrajaya pada akhir 1990-an, pusat pentadbiran (eksekutif) telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kuala Lumpur terletak di pertengahan pantai barat Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, Kuala Lumpur umumnya dikenali sebagai KL.

waaaa….pendahuluan yang aku petik dari wikipedia mengenai Kuala Lumpur.

Biarkan gambar di bawah menceritakan suasana hujung minggu aku yang lalu……

blog

Watak :

Aku

Kamyap

Epah

kl

KLCC

kayak

Tasik Titiwangsa

budak

Taman Permainan

tasik

Tasik Titiwangsa

malam

Lampu

jalan

Berhati hati di jalan raya

Masih banyak lagi gambar yang ingin aku kongsikan. Apakan daya kelajuan ‘internet’ di kawasan ini tidak menunjukan sebarang peningkatan . Aku akan cuba lagi nanti…