Esok Cuti…

Minggu ini suasana di dalam kampus terasa seperti berada di pesisiran pantai. Sedang asyik pipiku di belai kasih sayang dariNya aku memerhatikan gelagat pelajar-pelajar yang bersimpang siur dengan pelbagai tujuan. Pelbagai memek muka dapat dilihat. Subhanallah. Aku hanya melihat dari suatu sudut sambil berfikir. Ke mana mereka pergi ? Apakah tajuk perbualan mereka ? Mungkinkah itu perdana menteri suatu hari nanti ? Bagaimanakah keadaan keluarga mereka ? hehe..hanya fikiran yang waras dapat menjawab persoalan itu. Semoga bayu yang menghembus ini menjadikan kami orang yang bersyukur.

Dunia masih lagi tertumpu kepada GAZA. Berita semalam melapurkan hampir 1000 rakyat palestine menjadi mangsa laknatullah. Fikiranku masih berpendapat hanya segelintir daripada penduduk Malaysia yang menganggap isu ini penting dan  perlukan perhatian khas kerana ia adalah isu umat ISLAM itu sendiri. Mengapa aku berpendapat sebegitu? Lihatlah masyarakat disekeliling anda dan fikirkan.

Terbang semula ke Gombak. Berita yang aku terima daripada seorang rakan mengatakan nama kampusku menduduki tangga teratas senarai kawasan yang dilanda bencana tiada air. Ianya disiarkan di Buletin Utama TV3. Punca utamanya ialah sebuah lori minyak sawit mengalami kemalangan dan minyak tertumpah di kawasan sumber air.hmmmm…suasana pada hari rabu di sekitar bilik-bilik mandi masih meriah. Tapi lain pula jadinya pada petang khamis. Oleh itu pihak kampus memberi pengumuman untuk pelajarnya bercuti. Itu je kesahnye….

aku dah mandi ke ek?? errrr…..

January 16, 2009Permalink Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *